"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Akidah: Akar untuk sebatang Pokok

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dari meng ‘Update’ blog ini akhirnya Allah masih mengizinkan jari-jemari ini untuk menaip ,berkongsi apa yang ada di dalam diri ini..sesungguhnya semua ilmu itu dari Allah dan di anugerahkan kepada hambaNya tidak lain tidak bukan untuk sama-sama berkongsi dan saling ingat-memperingati antara satu sama lain untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.

Rasullullah bersabda .“sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”..

Apakah pandangan sekalian tentang dunia sekarang ini ?..

Pasti masing-masing memiliki persepsi yang berbeza dan mungkin juga persepsi itu boleh membalahkan dua belah pihak. Hal ini perkara biasa kerana di lahirkan manusia itu memiliki ke khilafan yang mungkin khilaf itu lebih baik buat umat sekarang jika ia di kawal dengan betul.

Sahabat-sahabat sekalian,.

Apakah pengenalan kepada akidah seorang muslim ?

Rata –rata semua sudah maklum akan maksud akidah itu sendiri tetapi berapa ramaikah yang betul-betul ‘digest’ akidah itu..

Hal ini boleh dilihat contohnya di Malaysia dari sekecil-kecil budak (darjah 1) sampailah kepada sebesar-besar budak (pimpinan Negara) masih sukar untuk mencari siapakah yang benar-benar ‘digest’ pegangan yang patut di bawa seorang muslim.

Saya mahu Tanya kawan-kawan..

Apakah tujuan sebenar ibu bapa kita menghantar kita ke sekolah ?

Saya pasti hamper 90% memiliki jawapan yang sama seperti saya iaitu:-

" Bapa : Nak,nanti kat sekolah belajar rajin-rajin ye..nanti bila dapat masuk u,dapat kerja best-best,gaji Besar.,hidup senang.

Si anak: Baik pak..."

Hamper keseluruhan Ibu bapa mahukan anak-anaknya Berjaya tetapi kebanyakan mereka juga ‘TERLUPA ’ bahawa tujuan sebenar di hantarkan anak kesekolah hanya untuk belajar ilmu-ilmu yang mempertemukan pemikiran mereka dengan kekuasaan Allah.

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan”..(al-alaq:1)

Hasilnya, apabila lahirnya jutawan-jutawan,arkitek-arkitek,jurutera-jurutera dan doctor-doktor ,mereka adalah ahli professional yang tidak tahu lansung berbicara tentang Islam,.nauzubillah..

Padahal ilmu-ilmu yang mereka pelajari doctor umpamanya :-sangat berkait rapat dengan kekuasaan Allah yang Maha luas seperti kelahiran manusia,penciptaan otak,tulang belulang,air susu ibu, segumpal darah, dan pelbagai ciptaan Allah yang lain(pokok,matahari etc),..subhanallah,tidak ada seorang manusia pun yang mampu mencipta system kehidupan seSEMPURNA itu..

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

Jadi , mengapakah sekarang ini ramainya para professional yang sangat mahir dalam bidang masing-masing tetapi malangnya sedikit sekali yang begitu terpegun melihatkan ilmu yang di pelajari sangat berkait rapat dengan kekuasaan Allah,..

Sama-samalah kita ikuti jejak Dr Harun Yahya yang mana segala kajian nya semuanya Berjaya dibuktikan di dalam Al-Quran,..subhanallah..inilah ilmuan yang umat Islam sekarang impikan..

Jadi, jika dulu niat kita hanya memikirkan kerja dengan gaji yang lumayan sahaja maka saat ini kita berhenti seketika dan alih lah niat kita hanya semata-mata kerana Allah ,insyaAllah..

Sahabat-sahabat sekalian,.

Akidah yang kita anuti sekarang ini tidak lain tidak bukan adalah pegangan(iktikad) yang mengEsakan Allah..betulkan?

“1)katakanlah Dialah Allah ,Yang Maha Esa.2)Allah tempat meminta sesuatu .3)Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”.Surah al-Ikhlas.

Rasa-rasa semua sudah faham dan master sangat-sangat akan tauhid rububeeyah,uluheyah dan asma wa sifat sampaikan tidak tidur lena dibuatnya..tetapi berapa ramaikah yang betul-betul meng ‘digest’nya(muhasabah untuk diri juga)..kenapa kata begitu?

Sebab masih ramai lagi yang tidak betul-betul mengIslahkan diri sehingga bermaharajalela pembuangan bayi,rasuahnya dan pelbagai kemungkaran yang lain.

Sahabat-sahabat sekalian,.

Persoalan akidah adalah pengenalan kepada terbentuk KHILAFAH ISLAMIYAH yang kita semua idamkan, jika persoalan ini masih lagi tidak kukuh di dalam jati diri seorang muslim ,mana mungkin buah yang lazat rasanya akan terhasil(Dunia yang bebas,adil dan sejahtera). Ia merupakan akar-akar yang menguatkan sesuatu pokok..

Jadi,apa yang dapat saya simpulkan ,betapa PENTINGNYA untuk kita sebagai umat Islam di akhir zaman ini menuntut ilmu bukan hanyalah untuk hidup senang dan bergaji tinggi sahaja,..tetapi adalah untuk bergerak dan menggerakkan tali-tali agama Allah di muka bumi ini dan akidah yang sejahtera dan mantap sahajalah jawapannya..

kalau ditanya kepada kalian sekalian,pasti kalian sekalian menginginkan kehidupan yang penuh rahmat dan bahagia bukan?

Jawapannya hanya satu sahaja iaitu KEMBALI KEPADA FITRAH (ISLAM).

Semoga bermanfaat insyaAllah..

Posted by hamba Allah | at 3:40 PG | 0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...