"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Tsunami Jepun vs Tsunami Malaysia



Dunia zaman ini ibarat semakin sampai kepada kemuncaknya, dengan bencana alam yang berlaku disana sini. Memang tidak dinafikan manusia seringkali kufur akan nikmat Allah tanpa mereka sedari..

(Quran,41:51)”Dan apabila kami berikan nikmat kepada manusia,mereka berpaling dan menjauhkan diri(sombong)”

Allah adalah pencipta sekalian alam dan Dia maha mengetahui akan segala perilaku hamba-hambaNya.

Ya allah,ampuni aku yang sebelum ini tidak menggunakan nikmatMu dengan baik. Aku sangat berdosa.

Baru-baru ini dunia digegarkan dengar tsunami berskala 8.9 pada skala ricter melanda Negara yang paling maju diasia iaitu Jepun.


Disebalik tsunami itu masing-masing telah mengeluarkan pendapat masing-masing sehingga ada yang mengatakan Jepun tidak merancang terlebih awal akan alam sekitarnya padahal Jepun lah Negara yang paling terawal membangun teknologi mereka untuk persediaan bencana alam. Sebab itulah melihat kejadian ini,kita perlu reflek balik mesti ada suatu kuasa yang sangat besar yang mana dapat melawan penciptaan manusia. Tidak lain lagi iaitu kuasa Allah sbt..

(Quran,36:82)”sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki ,Dia hanya berkata kepadanya ‘jadilah!’ maka jadilah sesuatu itu”

Tidak kiralah sekuat mana pun tembok yang dibuat tetap tidak boleh lawan kuasa Allah.

Apa yang dapat diambil dari kejadian ini ?

Tidak lain dan tidak bukan untuk dijadikan pengajaran kepada seluruh isi dunia. Di dalam surah al Hijr dari ayat 66-90. Allah telah menceritakan akan kaum nabi lut. Sebanyak dua kali Allah berfirman bahawa “sesungguhnya terdapat pengajaran bagi orang yang beriman”

Bencana demi bencana telah berlaku namun manusia seringkali tidak dapat mengambil ibrah dari itu. Inilah manusia.

Sebenarnya dari siri bencana-bencana besar yang berlaku pada masa kini seperti letusan gunung merapi,tsunami aceh dan sewaktu dengannya.tsunami jepun,banjir besar ..tidak lain hanya mahu menyedarkan manusia bahawa mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya dimuka bumi ini..

Kesedaran perlu timbul bahawa bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung semuanya milik Allah..dan atas milik yang bukan hak kita ,kita melakukan sewenang-wenangnya,patutlah kita ditimpa pelbagai bencana.

(Quran,2:195)”Dan infaklah hartamu dijalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri)ke dalam kebinasaan deangan TANGAN SENDIRI dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang berbuat baik”

Oleh itu,mahu selamat dunia dan akhirat hanyalah satu iaitu kembali kepada Islam.

Melihat tsunami di Jepun tidak terfikirkah akan tsunami yang melanda di Malaysia ?

Jika tsunami di Jepun mengakibat bangunan dan kematian ramai orang, maka apakah kesan tsunami di Malaysia.

Khalifa umar al khattab ada berkata “kemuliaan hanya akan diperoleh apabila adanya Islam,apabila berpaling maka Allah akan campakkan kehinaanNya kepada sesuatu Negara/kaum”

Tsunami di Malaysia adalah sahabat-sahabat kita,jiran-jiran kita,pemimpin-pemimpin kita dilanda keroskan akhlak yang sangat teruk..

Melihat dari segi fizikal manakah yang lebih sakit kerosakan bangunan atau kerosakan akhlak. Sebahagian penduduk dinegara ini masih tidak sedari bahawa mereka sedang dilanda tsunami yang bukan dalam bentuk ombak tetapi dalam bentuk virus yang melanda kerosakan akhlak.

Apakah yang membenarkan perkataan ‘kerosakan akhlak’ itu digunakan?

Hal ini tidak lain dan tidak bukan, rakyat Malaysia sekarang masih tidak sedar akan keseronokan duniawi sahaja sehingga hilang fitrah sebagai Islam. Islam hanya pada IC,slogan dan bukannya sebagai cara hidup. Apabila Islam itu jauh dari hidup mereka,maka perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan agama tanpa segan silu dilakukan mereka. Mereka tidak lagi malu berdua-duaan laki dan perempuan,melakukan pelbagai perbuatan yang terkutuk di sisi agama.

(Quran,43:36)”Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran alQuran,Kami akan membiarkan syaitan menjadi teman karibnya”

Apabila kehidupan kita jauh dari alQuran,maka secara automatic syaitan akan mengawal hati kita sampai kita terjerat dan tersangkut oleh hasutannya. Penulis mengingatkan diri sendiri dan sahabat sekalian bahawa tergerak untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam adalah panah hasutan syaitan.

Satu sahaja caranya untuk dielakkan menjadi kawan karib syaitan iaitu kembali kepada Islam.

Oleh itu melihat dari perspektif pembaikan, manakah yang mudah dibaiki,adakah kerosakan bangunan atau kerosakan akhlak?

Maka insyaAllah,sangat yakin bahawa kerosakan akhlak yang susah diperbaiki berbanding bangunan. Oleh itu, satu-satu sahaja cara yang dapat membaiki kerosakan akhlak ini adalah dengan kembalinya semua kepada Islam.

Apakah kesan dari tsunami Malaysia itu ?

Kesannya adalah nilai kemanusiaan semakin tiada dari pelusuk hati sebahagian masyarakat Malaysia. Bayi-bayi dibuang disini sana tanpa ada belas kasihan. Statistic terbaru lebih 200 ribu bayi yang dibuang yang dilaporkan. Lihat betapa besar kesan tsunami yang melanda Malaysia tanpa disedar. Dan tsunami ini boleh dikatakan sebiji seperti yang berlaku sebelum kedatangan Islam oleh Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat jahiliah arab 1400 tahun dulu.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,bebanan hutang yang semakin bertambah saban hari,pemimpinnya yang seringkali korup dalam pentadbiran,anak-anak muda yang kian lesu dibuai keseronokan,bayi-bayi yang dibuang,dadah yang merosakkan manusia, dan keadaan masyarakat yang kian jauh dari Islam……..adakah orang-orang begini boleh dikatakan memperoleh kemuliaan atau kehinaan yang paling sesuai?

Maka fikirkanlah sememangnya kita berada dikelompok begitu.

Persoalan yang tidak kita fikirkan,adakah kita mahukan kehinaan daripada Allah seperti yang khalifah Umar kata?

Jawapannya sudah tentu kita tidak mahukan kehinaan dari Allah kerana kelak akan binasa semuanya. Oleh itu,sahabat-sahabat kita perlu menyedarkan sahabat-sahabat lain yang belum sedar akan perlunya kita kembali kepada system kehidupan bercorakkan Islam keseluruhannya. Penulis yakin dan tetap yakin apabila system ini dapat diaplikasikan di Malaysia,maka pasti keadaan kegemilangan pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz akan dapat kita rasai..tidak mahukah?

Atau kita masih lagi mahukan system kapitalis ini ,nau’zubillah,Negara Malaysia boleh diancam dengan pelbagai potensi bencana alam kalau keadaan jahiliah masih lagi tidak mahu berperbetulkan..dah la kena tsunami akhlak ditambah pula tsunami ombak…kita akan sengsara dan hancur begitu sahaja ,dunia tidak dapat..akhirat hanya mampu melambai..

Fikirkanlah wahai sahabat-sahabat…


“akidah yang sejahtera akan melahirkan akhlak yang mulia”..fathi yakan..

sekian,wallahualam

Posted by hamba Allah | at 1:31 PG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...