"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

korban

sudah dua tahun ak beraye haji dirantau orang..nak blek umah tpi keadaan tidak mengizinkan...he2,tpi ape2hal raye haji taun ni agak bermakna gak ar..mana taknya dpat melapah seekor kerbau..(sekor dapat kat kami kot)...




mula2 kita bermanja2 dlu ngan lembu n kerbau kat masjid tronoh..eh silap,toronto la...melihat keadan lembu2 n kerbau2 tu...mereka sangat tenang dipagi itu tidak seperti yang selalu pantun kita wat..."apabila takbir bergema.,kambing,lembu n kerbau x duduk diam"..contohnya lah...

tapi sbelum tu,kami melantak dlu puas2 kat surau taman dekat situ..mmang sume lemang n ketupat kami kebas(paham2lahkan xdpt raye kat umah)..he3,dpt gakla merasa lemang n rendang..




sume nampaknya macm bertaun x nampak makanan..ha2..





setelah penuh diisi nagn carbohidrat ..kami pun mula operasi mencari mangsa kami..he3..






mula2 kami usha satu kerbau yang akan jadik mangsa..




lepas 2 kami operasi lah..ha2,best gilerr..




Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

banyak kisah yang menceritakan pengorbanan yang menyebabkan ibadah korban jadi syiar Islam..yang paling popularnya kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim..kita amek dari aspek kahidupan kitalah senang..bolehkah kita berkorban untk agama Islam?klu student,blehkah membawa Islam di ipta/ipts anda?..itu yang kita perlu kaji..(sama2lah muhasabah blek)...

tapi siries la masa korban aritu kerbau tu nampak tenang jek seolah2 macam menanti2 sangat korban tuh..aish..sedangkan makhluk yang tanpa akal dpat melakukannya ,inikan aku..yaAllah..bantulah aku untuk berkorban untuk Mu...

kita recall blek n selamat beramal..!..

Posted by hamba Allah | at 1:20 PG | 0 comments

Jalan Mujahadah..

"Dan orang2 yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
Kami,sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka
gembira serta beroleh keredaan);dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah
berserta orang yang berusaha membaiki amalannya"..al ankabut-29:69.

seperti manusia normal yang lain,mereka pasti mahukan ketengangan dlm hidup tak kurang aku...ddunia ni,hanya satu je jalan yang boleh membawa ketenangan sejati iaitu kembali kepada Pencipta kita..

memang tidak dinafikan sedikit2 dosa yang dilakukan telah menghakis rasa bersyukur dihati ini,hati ini rasa sangat sakit dek bintik2 hitam yang mengerumi jiwa ini..

hati yang sakit wajib dirawat,sakit batiniah(hati) menyebabkan kita terseksa didunia dan menderita diakhirat..

aku ingin berpesan kepada diriku terutama agar kembali kepada jalan mujahadah yang sebenarnya(bersungguh-sungguh menempuh jalan ketaatan)..tetapi jalan ini tidak semudah jalan2 syaitan yang bisa memrangkap kita sebaliknya ia adalah satu treatment yang sangat pahit ibarat ubat yang merawat penyakit.."no pain,no gain"..selagi denyut nadi ini masih berfungsi,ingatlah kita masih dikelilingi musuh yang paling nyata iaitu syaitan durjana..

Itulah benteng yang perlu ditawani kerana Mujahadah itu pahit,syurga itu manis..insyaAllah,orang yang bersunguh2 dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Allah..amin..(masukkanlah hambaMu ini dalam orang2 yang bermujahadah kepadaMu ya Allah)..amin sekali lagi..

Dua pemimpin kita yang sering kita abaikan iaitu alQuran dan Sunnah telah memberi panduan dalam menyelesaikan masalah hati ini..

bak kata Imam al-Ghazali " Carilah hatimu pada tiga tempat,iaitu ketika membaca al-quran,ketika mengerjakan solat,dan mengingati mati..dan jika tidak ditemui jga,maka pintalah hati yang baru kepada Allah kerana ketika itu kita tidak memiliki hati"..

"jika ingin Allah 'bercakap' denganmu,bacalah al-quran kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu...tetapi jika kita ingin 'bercakap' dengan Allah maka dirikanlah solat..."


1)membaca al-Quran..




Firman Allah sbt " Diturunkan kepadamu al-Quaran sebagai petunjuk dan rahmat serta
penawar"..al-isra 17:82

Jiwa yang tidak membaca alQuran umpama i-phone yang kehabisan bateri.betapa canggih sekalipun fungsinya tetap tidak dapat digunakan jika kehabisan bateri..begitulah jiwa yang mati,..betapa handsome/cantik/kacak/jelita jasad luaran seseorang,tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna..



2)mendirikan solat







Bukankah antara satu nama Allah ialah Al-Sami(Maha MEndengar)?...Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hambaNya.Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita,sudah pasti jiwa kita akan dapat satu ketenangan dan kerehatan.

sabda Rasullullah SAW kepada Sayidina Bilal ,"Rehatkan kami dengan solat wahai
Bilal".



3)menginati mati..

'orang yang paling bijak/cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati'..
riwayat al-baihaqi

begitulah mengapa Nabi SAW tidak cakap orang yang bijak adalah orang yang berjaya medapat 9A dalam spmnya..?kerana kejayaan duniawi adalah sementara dan tipu semata-mata sebaliknya kejayan diakhirat adalah kekal abadi selamanya..oleh itu,banyak mengingati mati akan mendorong kita utk memperbaiki amalan kita sebelum nyawa dicabut dari jiwa ini...utk lebih mencapai kejayaan yang besar kelak...amin..

sebaliknya.....jika HATI kita tidak mampu jga ditemui melalu tiga cara ni..sama2lah kita merayu dan memohon kepada Allah agar dikurniakan hati yang baru yang bisa mengembalikan kita kepada Pencipta kita yang maha Agong..

Posted by hamba Allah | at 6:10 PG | 0 comments

Aku..

"destinasi cinta yang kucari,
sebenarnya terlalu hampir,
hanya kabur kerana dosa didalam diri"

telah kuredah daerah cinta yang lahir dri wadah yang alpa..tiada tenang yang kutemui hanya kecewa...

ya Allah.,andai kata sekarang ibadahku sangat mantap kepadaMu,aku ingin sangat pergi dari dunia ini sekarang jugak ya Allah..kerna aku takut nanti aku akan termakan hasutan syaitan..tetapi aku teringat pula sabda kekasihMu..iaitu Manusia yang paling mulia ada bersabda..

" Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana
sesuatu bencana akan menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta
mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku,hidupkanlah
daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila
mati itu lebih baik bagiku.”
- Riwayat Bukhari dan Muslim

sungguhpun begitu aku ingin sangat mengintai keampunan dari-Mu kerana aku tahu aku ini tidak lekang dari melakukan dosa padaMu yaAllah..aku sering kali mengabaikan nikmat-nikmat yang telah Engkau berikan untuk aku gunakan kejalanMu ya Allah...



yaAllah..leraikanlah aku dari pautan nafsu..walaupun sukar bagiku melamar keredhaanMu namun masihku mengharap keampunan dariMu ya Allah..



namun ranjaunya tidak akan sunyi...........selagi denyut nadi blum berhenti ,durjana syaitan akan menodai segumpal darah bernama hati..

Posted by hamba Allah | at 6:16 PTG | 0 comments

..walaupun nampak macam simple tapi ia sangat bermakna utk kita....


Assalamualaikum..cheo eum boepsemnida?..tau x apa maksud ni..he3,klu xtau tnyalah pak cik google ye..

cek kat sini bkannya apa cuma ada msa2 terluang skit nih terlebih elok lah menjenguk kat zone ni utk kita sma2 beringat antara stu sma lain...hangpa sume mst dah baca kan tajuk utk article ni kan..mst tertanya2kan apalah yang bdak ni cuba nak merepek kali ni kan?...tul x?tul x?..ha2,dah tau dah...

cek kat sini nak recall balik lah psal bacaan antara dua sujud kita kat dalam solat....
sebelum ni mst kita amek endah2 tak endah je kan maknanya kan..tul x?...terlebih2 lagi cek la..

dalam hadis riwayat (HR Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)..ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW dalam duduk antara dua sujud baginda membaca " Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii, wahdinii, wa’aanifinii, warzuqnii."(”Ya Allah ampunilah aku,
Wajburnii.. (Tutuplah aib-aibku..)
Warfa'nii.. (Angkatlah darjatku..)
Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
Wahdinii.. (Berilah aku petunjuk..)
Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
.”

HMmm,kalau kita btul2 hayati doa ni..sbnrnya ia sgt bermakna dalam hidup kita dari kehidupan dunia hinggalah ke akhirat...hangpa sendiri bleh baca first2 skli Nabi SAW sebut Ya Allah ampunilah aku...sape yang xmau keampunan dri Allah?..mst sume nak kan..so,klu kita hayati doa ni ..insyaAllah..keampunan dari Allah itu pasti..

"Dan Tuhanmu berfirman,Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Aku perkenankan
bagimu.Sesungguhnya orang2 yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka
jahanam dalam keadaan hina dina"..al-ghafir[60]

sterusnya kasihanilah aku...mostly orang2 beriman sngat mengharapkan keredhaan dan belas kasihan Allah sbt..x silap cek la..
...orang2 yang waraas fikirannya mmg akan mudah faham intisari maksud ayat ni...ia sngat berkait rapat dengan kehidupan secara kesuluruhannya didunia dan akhirat..

so,walaupun ia bkan rukun solat tetapi kita bleh begitu menghayatinya kerana seperti sume maklum solat adalah dialog secara langsung antara manusia dengan Allah sbt..and kita bleh gunakan ini utk meminta dari Allah kebaikan didunia dan akhirat...

segala kekurangan dalam ayat2 cek diatas adlah lebih2 menunjkkan kekurangan dalam diri and sume yang baik tu ameklah kerana ianya dari Allah...terimalah dengan free mind and sama2 kita beramal...sekian.salam..

Posted by hamba Allah | at 5:11 PG | 1 comments

..membeTulkan peribadi dan akhlah Muslim...

assalamualaikum..
apa kabar sahabat2ku sklian??..sudah bermusim lamenya ana tdak menjenguk ke zone ini yg semakin lama sunyi dri sgala perkongsian2 ilmiah..hi2,..ana bkannya ap cuma terpanggil dngn satu hadis Rasullullah SAW yg menyebut..

.."sampaikanlah dari ku walau sepotong ayat"..

tu la,ana kat sini ada la skit nak share sbb bru dpt skit2 ilmu bru2 ni.ia sgt berkait rapat ngan kita..sebagai muslim yg sudah 18 tahun mengamalkannya (bgi ana la)..mst kita tercari2 apa yg perlu kta ada dan lakukan sbgai sorg muslim..tul x?..
sbb 2 bru2 ana ada terdengar ceramah yg bertajuk (tajuk besar kat atas tuh)..ciri2 yg terbesar yg perlu ada adalah sifat ZUHUD..nak tnya sape role yg paling perlu kita contohi dalam dunia ni????...mst Rasullullah SAW kan..hMmm,2 lah antara satu yg perlu kita contohi adalah sifat zuhud Rasullullah SAW...

Bagaimana nak capai sifat2 zuhud ni??..mst ini perkataan yang bermain di fikiran kalian kan??...ha2,2 la yang ana nak kongsi sikit tuh..
eh sblum tu maksud ZUHUD scara ringkasnya adalah mengosongkan hati dari kesibukan diri dengan dunia untuk akhirat semata2...

first2ly..

1)Redha dgn kurniaan Allah sbt smaada kita suka atau tak(Qanaah)
....secara simplenya nak ckap kat sini klu urusan dunia,kita mstilah tgok org yang dibawah kita,maksudnya org yg lebih ssah dari kita ,dgn ini barulah kita akan bersyukur dgn kurniaan Allah sbt ....

"wahai orang2 yang beriman!makanlah dari rezeki yang baik yang kami berikan
kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,jika kamu hanya menyembah kepada-
Nya"..al baqarah[172]

..tetapi utk urusan akhirat,kita mstlah ikut or tengok orang yang tgi amalannya agar kita terdorong utk sama2 meningkat ibadat kita kpd Allah sbt...

2)Jangan Mudah terpengaruh dengan Dunia..
...secara jujurnya memang ssah utk kita laksanakan bab ni terutamanya ana,yelah x nak hati begitu terpengaruh ngan dunia bkan perkara yang mudah(bagi ana la)..lebih2 lagi bla lihat org paki keta besar,hati pun ingin jugak.n mcm2 lagilah...mst adanya hasutan jahat jadi syaitan..n jika anda juga mengalaminya spti itu igatlah ayat ini..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman dan mereka tidak diuji ?..
Dan sungguh,Kami telah menguji orang2 sebelum mereka,maka Allah pasti
mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."..al-
ankabut [2 dan 3]

sedikit renungan..'anggap dunia sbgi jambatan ke akhirat'..

3)Menjauhi perkara syubhat.

4)Sabar dan tidak mengeluh.
..biasalah kita kadang2 klu diuji rasa down sangat..tp sama2lah kita ingat Allah bersama orang2 yang sabar..byk2lah kita berdoa kpd Allah agar diberi kekutan dan kesabaran utk menghadapi sgala cabaran mendatang..insyaAllah..

5)hidup bersederhana.
.."khairulummur,au satuha"..yang bermaksud 'the best way is the middle way' dgan hidup bersederhana insyaAllah hidup kita tidak akan begitu sibuk dgn urusan duniawi..

6)Suka bersedekah.
..sume orang dah tau even senyum itu pun sedekah,so,klu kita tak mampu utk bersedekah dgn wang ringgit..dgn senyuman pun boleh..hi3..insyaAllah,sedikit demi sedikit sifat zuhud akan terlekat dalam diri kita..amin..

7)Tidak suka meminta-minta..
..bab ni ditujukan antara habluminannas..hubungan antara manusia,utk ini,kita kalau boleh elakkanlah dri ska mminta2 dari orang tetapi klau meminta dgn Allah sangat digalakkan..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku,maka
sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu
agar mereka beroleh kebenaran".al-baqarah [186]

disini jelas menunjukkan sgala ap yang kita hajatkan serahkanlah kepada Allah..insyaAllah akan ada hasilnya..

8)Guna nikmat untuk akhirat
...ni yang payah skit nih,nikmat yang Allah kurniakan kpd kita sgt banyak hingga x terhitung,tapi 2 la kadang2 kita trsalah guna nikmat tu lebih2 lagi analah..astagfirullah..terutamanya nikmat pancaindera spt mulut,mata,hidung..stelah difikir tdak byak nikmat itu digunakan untuk Allah..so,ana pun sama gak nak capai gak tahap sifat zuhud ,sbb 2 tgah cuba memperbaiki diri dari semasa ke semasa...moga2 dipermudahkanNya..insyaAllah..

9)last but not least adalah ikhlas..
..ikhlas ni satu sifat yang tidak nampak,n klu boleh(terutamnya ana) dalam stiap amalan yang dilakukan mst ikhlas kerana hati yang bersih akan melahirkan sifat ikhlas..so kena bersihkan hati dlu la..

hMmm..sudah panjang lebar ana cerita,slalunya orang yang ckp nilah yang kena wat dlu tp tulah 9t kalau ana tersalah n tersilap harap sangat2 agar orang ynag membacanya dpt membetulkan ana bukannya lagi menjatuhkan ana spt megatakan "lah budak ni dlu beriya2 ajak kita wat baek tapi tengok dia skang ni"..sbnrnya bukan ini yang ana harap2kan..ana harap dgan tulisan ana yang tak seberapa ini dpt lagi membawa ana mendekatiNya...tlong2 sgt klau ana terleka ingatkan ana insan yang lemah lagi hina ini..

...harapnya antum sume enjoy membacanya dan cuba sedaya upaya utk kita sam2 praktikkan..sekian wsalam..

Posted by hamba Allah | at 1:25 PG | 2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...