"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Dinar Emas,kekuatannya mengawal ekonomi dunia.


Hamper 300 tahun dunia ditadbir oleh system riba.,

Apakah system riba ini ?

Riba bermaksud :-

Bahasa - bertambah atau subur.

Syarak - aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.(secara simplenya pinjam RM 100 tapi perlu dibayar RM 150)

Apakah kebaikan system ini ?

100 peratus mahu bagi tahu bahawa system ini tiada kebaikan lansung bahkan membebankan dan menindas golongan yang lemah..

Hal ini jelas pengharamannya di dalam al-Quran..

“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )


“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

Oleh itu,mengapakah system ini masih diamalkan lagi ?

Hal ini kerana pada era ini, dunia dikawal oleh puak musuh Islam. Mereka telah merancang awal lagi, melalui system mereka akan memperoleh keuntungan atas angin yang bermaksud mereka mengamalkan riba’.

Bagaimanakah caranya ?

Seperti contoh,mereka akan mencetak berjuta-juta duit kertas dan bertujuan untuk menggalakkan Negara-negara didunia ini untuk meminjamnya. Hasilnya , apabila pinjaman di buat pastilah mereka perlu membayar balik,dari situlah riba’ berlaku kerana mereka membayar lebih daripada apa yang dipinjam.


Dari situ jelas dapat dilihat, duit ibarat bermain diatas angin tanpa dapat dilihat nilai fizikalnya dan dari sini lah mereka memperoleh keuntungan. Akibatnya,rakyat atau golongan yang tidak mengetahui apa-apa menjadi mangsa.


Jadi,sekarang kita sudah tahu bahawa sebenarnya pada duit kertas yang ada dalam duit kita sekarang ini secara fizikalnya tiada nilai . Ulang sekali lagi,secara fizikalnya tiada nilai. Oleh sebab inilah,mereka dengan suka-suka mencetak duit dengan banyak kerana modal untuk membuatnya tidak memerlukan banyak kos. Dari sini berlakulah inflasi yang sangat tinggi.


Rasa-rasa semua sudah tahu bahawa dunia telah berlaku kemelesetan ekonomi hampir sepuluh tahun sekali,contoh pada tahun 1998 dan 2008.


Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku ?

Tidak lain dan tidak bukan, hasil daripada system inilah..

Sedikit penerangan, pada tahun itu bank dunia mencetak terlalu banyak wang kertas dengan tujuan untuk dipinjamkan kepada Negara-negara di dunia ini, ..

Tetapi apa yang berlaku adalah Negara-negara tersebut tidak meminjam daripada bank dunia, dan akibatnya ,duit di bank dunia terlalu banyak (inflasi terlalu tinggi)..

Selepas itu bagi mengatasi masalah ini, mereka telah menawarkan kepada rakyat amerika agar meminjam duit untuk membuat rumah etc. Jadi berpusu-pusulah mereka meminjam, tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila mereka tidak dapat membayar balik wang tersebut.

Akibatnya,bank dunia kerugiaan yang sangat tinggi dan nilai mata wang USD jatuh bedebuk..

Apakah akibatnya kepada dunia ?

Akibatnya,seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi termasuk Malaysia dan kebanyakan syarikat-syarikat perniagaan terpaksa gulung tikar akibat kerugian yang sangat tinggi.

Disini jelas,selagi mereka yang kawal ekonomi dunia, mereka berhak melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan inflasi duit, mengamalkan riba’ dan memdapat keuntungan atas angin.

Jadi,adakah kita mahu berada dibawah system mereka ?

Jawapannya,mestilah tidak..tetapi apakah mediumnya untuk tidak mengikut system mereka ?

Jawapannya hanya satu,iaitu menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang didunia ini..



Apakah kelebihan matawang ini ?

Inilah yang puak-puak musuh Islam tidak mahukan.

Hal ini kerana kekuatan emas dan perak ini tidak seperti USD,RM dan Lain-lain kerana melihat keadaan sekarang nilai USD seringkali jatuh naik,yang menunjukkan ia tidak stabil untuk digunakan sebagai matawang. Akibat kejatuhannya,seluruh dunia mengalami kerugian. Dan apabila dinar emas digunakan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya nak cetak duit dan buat riba'.

Emas dan perak adalah sebaliknya. Nilainya stabil dan sesuai dengan pelbagai peredaran zaman.

Mengapa penulis kata begini ?

Hal ini kerana pada zaman Rasullullah dahulu harga untuk seekor kambing adalah satu dinar dan kalau kita mahukan seekor kambing pada hari ini ,ia tetap berharga satu dinar. Disini menunjukkan bahawa nilainya tetap stabil dan sangat relevan untuk pelbagai zaman.

Tetapi cuba kita reflek balik harga minyak petrol satu liter pada zaman era 70an dengan zaman sekarang ,tahun 2011,berapakah harga seliter petrol ?..adakah sama dengan tahun 70an.

Jawapannya tidak kerana matawang kertas nilainya tidak stabil dan seringkali turun naik yang sangat mendadak. Dan ini menunjukkan nilai kuasa beli oleh duit kertas dari semasa ke semasa semakin berkurang. Tidak fahamkan?

Penjelasan sikit- contohnya simple je, kalau zaman 90an dahulu dengan duit RM 50 kita dapat membeli pelbagai keperluan..betul tidak ?

Tetapi zaman sekarang dengan RM50 itu hanya untuk cukup membeli satu keperluan sahaja. Hal ini penulis rasa sangat betul.

Seperti yang berlaku didalam kisah pemuda gua iaitu Al-Kahfi.

Al-kahfi(ayat 19)..

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ) kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar) dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Kisahnya begini :-

“mereka lari daripada pemerintahan yang zalim yang memaksa mereka untuk meninggalkan agama Allah ke satu gua ,sesampainya digua mereka ditidurkan dan selama mana mereka tidur hanyalah Allah sahaja yang tahu,ada pendapat mengatakan 300 ratus tahun,apa yang nak di jelaskan disini adalah salah seorang dari mereka ditugaskan untuk membeli makanan dipasar pada zaman itu dengan menggunakan wang perak ”…

Jadi,dari siri ayat Allah ini,boleh difahami bahawa pada zaman itu wang perak yang beratus tahun disimpan masih lagi mempunyai nilai dipasaran sama dengan nilai semasa perak itu dikeluarkan…betul tidak?

Tetapi bila reflek balik dengan ringgit Malaysia,contohnya,kita menyimpan

RM 100 000 didalam bank dan kita menyimpannya selama 30 tahun..percaya atau tidak bahawa tahun yang ke-30 itu harga kuasa beli dengan RM 100 000 itu hanya menjadi RM 20 000…

Buktinya sudah boleh dilihat sekarang dan ini sangat jelas menunjukkan dinar emas dan perak sahaja yang sewajarnya dijadikan system matawang didunia.

Mengapakah puak musuh takut sangat menggunakan dinar emas ini ?

Kerana kelak mereka tidak akan mudah lagi mengawal keuntungan atas angin.

secara ringkas nak faham kepentingan emas sila klik ni penerangan.

Perlu ingat bahawa


“duit kertas yang ada dalam dompet kita sekarang tiada nilai pada fizikalnya tetapi emas ada nilai pada fizikalnya”


Dan didalam alQuran Allah tidak menyebut walaupun sepatah pasal USD,RM dan lain-lain.


Kesimpulannya:-

Pada masa kini,dinar emas dan perak sangat penting untuk dijadikan sebagai matawang. Tambahan lagi, dinar emas dan dirham perak nilainya menaik dari semasa ke semasa dan kenaikannya hampir 30% dan kadar penurunannya tidaklah terlalu ketara antara 1-5% sahaja. Oleh itu,bagi sesiapa yang ada duit lebihan atau simpanan didalam bank,belilah dinar emas dan dirham untuk kehidupan masa depan kerana wang yangdisimpan itu tidak naik banyak pun walaupun 100 tahun simpan dalam bank tetapi baying wang tersebut digantikan dengan emas ,dan disimpan selama paling kurang pun 10 tahun sahaja, mashaAllah,hasilnya sangat berbaloi..


Abu bakr ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda “ Satu masa nanti mesti akan tiba menimpa umat manusia dimana tiada (yang tinggal) yang berguna ( atau member manfaat) melainkan satu dinar ( iaitu wang emas) dan satu dirham ( iaitu wang perak).” [Ramalan Rasulullah ini telah menjangkakan kemusnahan yang pasti akan berlaku kepada system kewangan palsu yang kini berfungsi di seluruh dunia.] (Musnad, Ahmad)


sekian,wallahualam..

Posted by hamba Allah | at 3:27 PG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...