"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Indah nya Bintang itu !!


Ku lihat kerdipan bintang yang cerah dan tenang di langit..,aku pun mengatur perjalanan yang terbaik untuk hidupku..

Tiba-tiba aku tersentak !!!!! dan melihat jalan yang ku atur memasuki satu jalan yang tak pernah ku terfikir untuk lalui nya..,aku pun berfikir dan terus berfikir..,

Rupanya ada satu kuasa yang MAHA BESAR yang lebih baik aturan Nya.,yang mengalih laluanku ke satu laluan orang-orang yang mencintaiNya,insyaAllah. ..,dan aturan-Nya jauh lebih baik daripada apa yang ku atur sebelum ini,jauh lebih sistematik dari aturan ku,.subhanallah..



Walaupun ku seringkali bertanya ??..mengapa semua ini berlaku….,

Namun hati kecil ku dengan lembut menjawab .,bersyukurlah kerana itu aturan dari Pencipta mu untuk mu ..,

Kadang-kadang tanda kasih dan cinta Allah kepada kita, Dia akan menghantar orang-orang yang Mencintai Nya untuk berdamping dan mendekati kita…,kerana orang yang Mencintai Nya akan menunjukkan jalan yang terbaik menuju Nya..

lagu di tujukan khas buat sahabat-sahabat seperjuangan,peace~..



Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Posted by hamba Allah | at 5:52 PTG | 0 comments

Raya 2011 : Alhamdulillah !!




“wahai orang-orang yang beriman,di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu berTAKWA”

(QS,Al-baqarah:183)

Pejam celik,pejam celik di hiasi dengan pelbagai ‘obstacle’ yang perlu di tempuh .,tidak sedar akhirnya ramadhan sudah sampai ke penghujungnya…

Sehinggakan aku sungguh tidak percaya yang 1 syawal ,30 ogos adalah hari raya Aidilfitri..,

Tarbiyah ramadhan yang di terima 29 hari yang lepas, ku rasakan bakal teruji dengan perlepasan semula musuh utama dan nyata kita iaitu syaitan yang di rejam..

Dalam ayat di atas,.di syariatkan puasa itu adalah bertujuan untuk melahirkan orang-orang yang berTAKWA…,untuk itu,Allah telah mengikat dan belenggu segala syaitan yang ada di muka bumi ini,agar memberi peluang kepada kita lebih bertakwa kepadaNya..

di bulan ramadhan,terasa senang bukan untuk beribadah kepada Allah ?.

untuk menguji adakah Berjaya tarbiyah yang kita lalui sepanjang ramdhan ini,kita perlu menempuh pelbagai rintangan yang bakal mendatang sebelum menemui ramadhan yang seterusnya..,

disitulah akan ter ujia tarbiyah yang diterima sepanjang ramadhan..adakah kita akan menjadi lebih MANTAP ataupun TERKUBUR di pertengahan jalan..

minta-mintalah dengan Allah sbt agar ditetapkan kekuatan kepada kita untuk kekal istiqamah dalam beribadah kepada-Nya

perginya ramadhan ini meninggalkan dua perasaan yang pertama sayu nya akan pemergian ramadhan (belum tentu lagi akan menemui ramadhan seterusnya) dan yang kedua ada sedikit kegembiraan menyambut syawal walaupun minggu selepas itu ‘final exam’ bakal membuka tirainya…


tidak salah untuk kita bersuka ria di hari Raya Aidilfitri tetapi jagalah batas-batas yang perlu dan wajib di jaga…

Dari Aisyah r.a katanya :“ Abu Bakar datang ke rumah ku dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Anshar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka kata Abu Bakar , ‘kenapa ada suling setan di rumah Rasullullah saw ini ? Hari itu adalah hari Id .,maka bersabda Rasullullah saw,:’hai, Abu Bakar !setiap kaum ada mempunyai hari raya (‘Id). Dan hari ini adalah hari raya kita.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Hari raya tahun ini boleh kata seronok juga walaupun tak semua kakak+ abang balik beraya dirumah..

ni umairah

yang tiada dalam gambar kak ani sekeluarga ,kak ngah sekeluarga dan abang zamri sekeluarga..

sekian,allahualam



Posted by hamba Allah | at 5:06 PTG | 0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...