"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Ujian: Allah benci aku ke?.

Alhamdulillah, marilah kita meningkatkan kesyukuran kita kepada Ilahi di atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Yang paling perlu kita meningkatkan kesyukuran adalah kerana kita adalah diantara hamba-hambaNya yang seringkali diuji dengan pelbagai ujian..

Ada apa dengan ujian itu ?

Ini kerana dengan ujian itulah menunjukkan bahawa Allah sangat sayang kepada kita, kita patutnyalah melahirkan rasa kesyukuran kerana kita masih lagi diuji..berbanding dengan golongan-golongan yang lain mereka tidak sedikit pun menerima ujian dari Allah bahkan dicampakkan nikmat dunia yang melimpah ruah…oleh itu,tatkala diuji berkatalah begini..

“Alhamdulillah,aku sedar ini adalah ujian untuk aku, ya Allah dengan ujian yang aku terima ini ,aku harap dapat lebih mendekatkan diriku kepadaMu..aku tahu Engkau sangat sayangkan aku”..

Alhamdulillah,kita juga masih dikurniakan sesuatu yang sangat sukar dicapai iaitu hidayah dari Allah untuk membaca blog ini,melakukan kebaikan dan melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar..

Sebenarnya ,Allah seringkali mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya dan tiap kali hidayah itu dicampakkan ,hanya segelintir hambaNya sahaja yang sedar…contohnya:

“eh,aku nak pergi masjid la solat maghrib ni,..tiba-tiba ada seorang kawan ajak main bola dan akhirnya terlepas solat magrhib di masjid”

Disini dapat dilihat bahawa,sebenarnya Allah telah mencampakkan hidayah,tetapi pada masa yang sama syaitan laknatullah melaksanakan peranan dengan merancang sesuatu yang dapat menghalang si A untuk berbuat lebih baik iaitu solat magrhrib di masjid…

Lihat!!!..dalam kita sedar atau tidak..kita sebenarnya lebih cenderung mengikut syaitan dari petunjuk dari Allah..ketahuilah Allah itu maha Penyayang,Pengasih..


“Barang siapa dikehendak Allah akan mendapat hidayah (petunjuk),Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendaki Allah akan sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman”(6:125)


Ketahuilah hanya dengan Islam sahaja kita akan dapat bertapak didunia dan di akhirat, oleh itu,kalau rasa-rasa kita jauh sangat dari Islam ,cepat-cepatlah belajar tentang Islam di kala waktu masih mengizinkan ini kerana kelak kita akan sengsara.

Sahabat-sahabat, ujian dan musibah dan kenikmatan yang banyak yang kita perolehi itu bukanlah maksudnya kita hebat ,Allah bagi nikmat..kita tidak hebat,Allah bagi ujian dan musibah..sebenarnya musibah dan nikmat itu hanyalah sebagai ujian untuk menguji hamba-hambaNya.

Adakah dengan kenikmatan yang banyak kita lebih akan dekat kepadaNya atau tidak?

Adakah dengan musibah yang diterima kita akan terimanya dengan sabar atau tidak ?

“Apakah kamu mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan ‘kami telah beriman,’mereka tidak diuji ?””dan sungguh Allah telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti akan mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta”.(29:2&3)


Adakah kita tergolong dalam golongan munafik atau golongan beriman ?

Golongan munafik itu adalah mereka yang apabila diajak pergi berperang mereka akan memberi pelbagai alasan dan akan lari dari perang..

Dan apabila dikaitkan dengan kehidupan kita, secara simplenya bagaimanakah tindakan kita apabila diajak sedikit untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan agama ?

Adakah kita akan memberi pelbagai alasan ataupun bertungkus lumus untuk menyahutnya?..tepuk dada,Tanya hati!!..

DAN GOLONGAN MUNAFIK ADALAH MEREKA YANG TIDAK JAGA SUBUHNYA DAN SOLAT ISYA’ BERJEMAAH…

Kalau kita berada di golongan yang memberi alasan itu,lihatlah dimana iman kita?

Golongan beriman pula adalah mereka yang tidak akan sama sekali akan berperangai dan bertingkat laku seperti orang munafik. Mereka juga akan melakukan yang terbaik untuk agama semata-mata ingin menggenggam KEREDHAAN DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH..

Akhir kata, selagi nyawa masih dikandung badan,selagi itulah kita tidak akan lepas dari diuji..dan dengan ujian inilah orang-orang yang benar-benar yang layak sahaja yang akan mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah..sahabat-sahabat, penghuni SYURGA itu adalah orang-orang yang lemah atau orang yang HEBAT ??..pastilah hanya orang-orang yang HEBAT sahaja yang akan menghuninya..siapakah orang yang HEBAT itu ?..mereka adalah orang-orang yang BERJAYA MELEPASI ujian dari Allah sbt…

WALLAHUALAM,seorang yang sering kali berfikir dan turut sama untuk mengajak untuk sama-sama berfikir bahawa hidup kita tidak lama dan sesungguhnya KIAMAT SEMAKIN DEKAT..oleh itu,marilah kita sama-sama melakukan yang terBAIK dan terHEBAT dalam setiap tindakan kita,.insyaAllah..


Mestica-Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Posted by hamba Allah | at 5:11 PTG | 0 comments

Rintihan

Memikirkan apakah nasib pada masa hadapan di akhirat kelak, hati ini sayu…

Adakah tindakan aku sekarang menjamin kebahagiaan yang abadi kelak ?..

Oh,tidak !!!..

sesungguhnya aku sangat berdosa didepan Nya..

secara jujurnya ku tak termampu menempuh liku-liku kehidupan,

walaupun ku tahu ujian ku tidaklah seberat para anbia’ dan semua para mujahid..

namun, aku tetap berharap agar perit kehidupan ini tidak meleraikan imanku bahkan menguatkan tautanku kepadaNya..

ya Tuhan, dosa ku sangat banyak dan sememangnya ku tidak layak menjejak kesyurgaMu..

tetapi, Engkau pun tahu aku yang lemah ini tidak akan mampu menahan api Mu yang sangat mendahsyatkan..

hamba yang kerdil ini sangat memohon kepadaMu ampunkanlah segala dosaku..

tiada apa yang lebih indah melainkan keredhaan dan keampunan dari Mu..

aku tidak mahu lagi kufur dan jauh dari Mu..

aku sangat berharap agar rezeki dan kebaikan yang Engkau nikmatkan kepada ku dapat ku gunakan untuk lebih mendekatkan diri kepada Mu..

cukuplah selama ini akan segala nikmatMu yang ku abaikan !!!

ku pohon peluang sekali lagi mahu memperbetulkan diriku....

aku yakin peluang itu masih lagi terbuka,oleh itu kurniakanlah kekuatan kepadaKu untuk bangkit semula..

aku yakin Engkau mendengarinya,hanya kepadaMu aku sembah dan memohon pertolongan…

cukuplah Engkau bagiku,ya Allah, ya Rab, ya Ghaffar…


Rintihan - Hijjaz

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Posted by hamba Allah | at 8:06 PTG | 0 comments

Pengembara:Jangan lakukan sesuka-hati di bumi bukan milik kita ini !


Dikala usia dunia yang semakin tua ini, pelbagai fitnah dan kemungkaran semakin menjadi budaya..

Tidak sedarkah kita bahawa,bagi yang mengucap dua kalimah syahadah, kita mempunyai alam yang mana lebih penting untuk kita persiapkan iaitu alam akhirat.

Mengapa penulis berkata begitu ?

Hal ini tidak lain dan tidak bukan,kehidupan didunia ini hanyalah sebagai ujian dan persinggahan semata-mata.

3:186-kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu.Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sangat menyakitkan hati dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang musyrik. Jika kamu bersabar dan bertaqwa ,maka sesungguhnya yang demikian termasuk urusan yang patut di UTAMAKAN.

Kita ini diciptakan ibarat seorang pengembara yang singgah didunia mencari pelbagai bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi kelak. Bayangkan ,jika kehidupan dunia yang sementara ini yang kita utamakan dan hidup kita hanya sekitar sampai umur 60 tahun sahaja.

Adakah kelak diakhirat kita dapat menjamin kebahagiaan yang kekal abadi?

Jika kita masih mahu berseronok dan bersuka ria tanpa rasa bersalah kepada Pencipta kita,apakah nasib kita kelak diakhirat,didepanNya?

Adakah pada ketika itu, kita masih lagi dapat berseronok,bergelak ketawa tanpa rasa bersalah ?.

Sesungguhnya ketahuilah sahabat-sahabat bahawa itu semua hanya sebagai ujian dari Allah. Setiap manusia didunia ini akan mengalami ujian itu termasuk NABI & RASUL, ULAMA,tok imam,perdana menteri dan seluruh lapisan masyarakat untuk menguji siapakah yang layak berseronok dan bersuka ria kelak di alam akhirat.

2:214-Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga ,padahal belum datang kepadamu cobaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang dengan pelbagai cobaan,sehingga rasul dan orang-orangnya berkata,’kapankah dating pertolongan Allah?..ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

Sahabat-sahabat ketahuilah bahawa,syaitan itu telah hidup sejak zaman nabi Adam a.s lagi, dan apabila dibandingkan dengan usia kita yang secepot ini,pastilah usia syaitan itu lebih tua…

Oleh sebab itulah,para syaitan memiliki pelbagai pengalaman dalam menghasut umat manusia untuk mengejar nikmat dunia semata-mata dan membawa manusia kepada kesesatan. Para syaitan ini sangat licik dan mampukah kita berlawan dengan kelicikannya. Penulis yakin kita tidak akan mampu,oleh itu ingatlah dalam ayat Allah yang terakhir itu..sesungguhnya PERTOLONGAN Allah itu dekat.

Kita kembali kepada Allah,Allah akan membimbing kita kearah kebahagiaan. Allah dah nyatakan dalam

29:69-Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari rida kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.

Sahabat-sahabat,tanggungjawab kita dimuka bumi ini sangatlah banyak. Hidup kita bukanlah untuk bercintan-cintun sahaja,hidup kita bukanlah mencari kerja semata-mata,hidup kita bukanlah mahu berseronok semata-mata kerana kita diciptakan ada tujuannya.

Apakah tujuan itu ?

Tujuannya adalah untuk melantik kita menjadi khalifah dimuka bumi ini,yang mana dapat menjalankan segala hukum-hukum Allah.(2:30).

Disamping itu kita juga dicipta hanyalah untuk beribadah kepada Allah.

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

Jadi sebenarnya kita diciptakan telah dispecifickan untuk melakukan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dan apabila bercakap tentang tanggungjawab pasti kita tiada masa lagi nak bercintan-cintun,berseronok melampau,berhibur yang bukan caranya.

Ingatlah,hidup ini sementara ,hargailah yang sementara ini dengan melakukan yang terbaik mungkin agar yang kekal abadi kelak kita tidak akan sengsara. Biarlah kita berkorban dahulu untuk dunia ini semata-mata ingin mendapat kebahagiaan yang kekal abadi kelak..

2:207-Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari rida Allah. Dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambaNya.

Oleh itu, bangun dan bangkitlah pemuda-pemudi Islam yang sedang leka dibuai keseronokan yang menyesatkan ini. Masa berlalu semakin pantas,sebelum terlambat,ayuh kita melakukan perubahan demi masa depan alam akhirat kita insyaAllah..

89:20,21,22,23-dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan,sekali-kali tidak!Apabila bumi diguncangkan berturut-turut(berbenturan),dan datanglah Tuhanmu:malaikat berbaris-baris,dan pada hari itu diperlihatkan NERAKA JAHANAM ;pada hari itu sedarlah manusia;tetapi tidak berguna lagi bagi kesedaran itu.

Penyampai ini tidaklah se ‘perfect’ manapun kerana realitinya tiada manusia yang ‘perfect’ sekarang,oleh itu dalam jangka masa membina diri sangatlah ingin penulis mengajak sahabat-sahabat sekalian betapa pentingnya kembali kepada Pencinta kita.wallahualam..

apabila bumi diguncangkan sedahsyat-dahsyatnya;

dan gunug dihancurluluhkan sehancur-hancurnya;

maka jadilah ia debu yang berterbangan;

ITULAH HARI KIAMAT !!!


Debu-Debu Dosa - Hijjaz

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi









Posted by hamba Allah | at 8:18 PG | 0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...