"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Malaysia:Mengapa yang kaya terlalu KAYA ,yang miskin terlalu MISKIN



Apabila berkata tentang system ekonomi yang diamalkan hampir keseluruh Negara didunia ini, rata-rata semua mengamalkan system kapitalis didalam pembangunan ekonomi mereka.

Pasti kita tertanya-tanya apakah system kapitalis itu sendiri?

Mengikut Wikipedia - Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh karl max, pengasas komunis

Apabila melihat akan maksudnya sudah ada gambaran sedikit sebanyak apakah itu system kapitalis. Tetapi reality apa yang berlaku sekarang ini khususnya di Malaysia system ekonomi ini adalah dipelopori sendiri oleh pihak pemerintah.

Bagaimanakah system kapitalis ini berfungsi?

1- Pergerakan wang adalah dari pihak pemerintah kepada penduduk. Ini bermaksud pihak pemerintah yang berhak menentukan perkembangan dan kemajuan ekonomi Negara.

2- Melalui system ini,pihak pemerintah akan memastikan mereka mendapat keuntungan yang besar dahulu ,bukan bergantung kepada rakyat.:- ini bermaksud wang di bank Negara mesti lebih banyak dan tidak perlu dikembalikan kepada rakyat. mungkin melalui penulisan ini agak susah difahami. Tidak mengapalah nanti penulis akan menunjukkan sedikit gambaran tentang ‘cash flow ’ duit penduduk/rakyat dalam system kapitalis ini.

3- Apabila sesuatu project besar akan dilakukan, maka ia memerlukan peruntukan yang sangat besar. Oleh itu,cukai akan dinaikkan dari semasa ke semasa agar dapat membangunkan Negara seiring dengan dunia, akibatnya rakyat yang menjadi mangsa kerana mereka tidak mendapat keuntungan pun daripada membayar cukai bahkan menjadi semakin tiada duit bahkan lagi apabila hendak hujung bulan..duit banyak digunakan hanya untuk cukai sahaja seperti tol,rumah,kereta ,air,telefon,dan lain-lain. Hal ini penulis sangat yakin memang berlaku rata-rata pekerja makan gaji di Malaysia sekarang ini.

Pergerakan ‘cash flow’ dalam system kapitalis.

Melihat daripada cash flow diatas wang yang rakyat bayar tidak dikembalikan pun dan ianya hanya berpusing mengikut gambar diatas.

Akibatnya itulah sebabnya ‘yang kaya bertambah kaya,yang miskin bertambah miskin’. Dah la lebuhraya itu dibinakan menggunakan duit rakyat tetapi rakyat juga perlu bayar tol kalau ingin menggunakannya,sepatutnyalah dapat guna free lah..

Akibat daripada ini akan lahir golongan yang mana duit gaji tidak cukup untuk menampung hidup. Walaupun income/pendapatan seseorang itu tinggi contohnya: income RM4000;wang akan dihabiskan hanya untuk membayar hutang sahaja hamper 80% dari gaji itu. Kita boleh fikir sekarang hutang kita keliling pinggang,yang ex-pelajar mahu bayar hutang belajar,hutang kereta,hutang rumah,elektrik,tol,minyak,dll. Maka dengan ini akan lahirlah masyarakatan yang mengalami syndrome ‘wang habis sebelum masuk gaji’.

Dari sinilah ramai lagi mereka yang tidak sedar bahawa mereka sangat miskin dalam beranggapan mereka kaya. Sedih-sedih.

Kesan daripada system ini jelas dapat dilihat bahawa orang yang paling kaya contohnya diMalaysia memiliki asset berbillion ringgit termasuk segelintir pemerintah. Yang paling miskin pula sampai membuat rumah didalam pembetung. Perbezaan jurang yang sangat ketara antara yang paling kaya dengan yang paling miskin Disini boleh dilihat samada rakyat didahulukan atau kapitalis yang diahulukan.

Hal ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa golongan yang mendakwa diri mereka bumiputra merempat atau menjadi pelarian di tanah air sendiri kerana kesempitan wang untuk memiliki tanah. Ingatlah ‘tanah lambang kekuasaan kita’. Tidak siapa yang akan lakukan sewenangnya diatas tanah milik kita tanpa persetujuan kita..betul tidak?

Ibn Qayyim..”perniagaan antara rakyat dengan pemerintah akan merugikan rakyat”…..

Oleh itu,memikirkan masalah ini,apakah tindakan kita untuk hidup dengan lebih sejahtera?

Caranya hanyalah satu,iaitu kembali kepada system Islam.

Apakah system Islam itu sendiri?

Menyebut pasal system ini pasti kalian yang membaca ini akan tersenyum lebar mengapa perlunya system ini diaplikasikan.

Seperti yang anda tahu sebelum ini bahawa Islam adalah agama yang menawarkan sejahtera kepada sekalian alam.

Bagaimanakah ia berfungsi?

1- Pergerakan wang adalah daripada rakyat kepada pemerintah. Ia bermaksud rakyat sendiri yang berkuasa menentukan masa depan kemajuan Negara mereka bukanlah pemerintah. Pemerintahan hanyalah sebagai satu ejen untuk melaksanakan pembangunan itu untuk rakyat.

2- System Islam sangat mementingkan kepentingan rakyat iaitu dalam system ini rakyat yang perlu ada duit dahulu baru pemerintahan. Mesti tertanya-tanyakan macam pemerintah nak lakukan pembangunan kalau tiada duit..betul tidak?...jawapannya hanyalah satu:-sebab itulah setiap orang Islam wajib bayar zakat dan orang bukan islam zidyah dan pelbagai zakat lagi. Melalui wang zakat inilah pembangunan dijalankan. Sebentar lagi ana akan menunjukkan ‘cash flow’ duit dalam system Islam.

3- Tugas setiap penduduk dalam system Islam hanyalah zakat..

Di antara Hadis adalah : "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya, Wahai Rasulullah, saya mempunyai kekayaan banyak dan mempunyai famili dan para tamu, beritahukanlan aku, bagaimana saya harus berbuat dan membelanjakan kekayaanku itu ? Jawab Rasulullah : Keluarkanlah zakat dari kekayaanmu, maka zakat itu akan merupakan kesucian yang menyucikan kamu, dan dengan zakat itu kamu dapat menyambung sanak kerabatmu dan dapat mengetahui hak orang miskin, tetangga dan pengemis"

"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya, Bagaimanakah jika seorang Ielaki memberikan zakat hartanya ? Jawab Rasulullah : Barang siapa memberikan zakat hartanya, maka hilanglah kejelekannya"

(Arrum,30:39)”Dan sesuatu riba(tambahan) yang kamu berikan agar harta manusia bertambah ,maka tidak bertambah dalam pandangan Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan beroleh keredhaan Allah,maka itulah orang yang melipatgandakan pahalanya”

4- Hasil kekayaan/keuntungan Negara akan diagihkan kepada seluruh rakyat mengikut syarat yang telah ditetapkan Islam. Melalui ini tidak akan wujud jurang yang begitu ketara antara yang paling KAYA dengan yang paling MISKIN. Kerana system Islam mengajar dengan kekayaan adalah untuk digunakan bagi membantu yang miskin.

Bagaimanakh ‘cash flow’ system Islam?

Ini adalah sebagai contoh sahaja cash flow dalam Islamic system.

Ini jelas menunjukkan wang yang rakyat beri untuk pembangunan Negara dapat dikembalikan semula kepada mereka. Disini kita dapat lihat ,adakah rakyat akan mengalami masalah syndrome ‘kehabisan wang sebelum masuk gaji’. Nak tahu satu sahaja caranya, apply system ini barulah Nampak kesannya.

Ada satu kisah ketika pemerintahan khalifa Umar Abd Aziz, penulis rasa rata-rata semua tahu bahawa pada ketika pemerintahannya,semua rakyat hidup kaya sampai tiada seorang pun rakyat yang layak terima zakat. Lihat ,betapa Islam sangat menitiberatkan kebajikan rakyat.

Mengapa keadaan menjadi seperti itu?

Hal ini kerana khalifa Umar akan memastikan setiap bulan/tahun wang atau harta didalam baitulmal/banknegara akan dijadikannya zero.

Kemana wang itu pergi?

Tidak lain dan tidak bukan untuk diagihkan kepada seluruh rakyat jelata.

Apabila ditanya mengapa beliau berbuat begitu,beliau tidak takutkah akan serangan musuh nanti negaranya tiada duit.

Jawapannya hanyalah simple tapi sangat bermakna bagi orang yang betul-betul beriman iaitu beliau menjawab beliau ada Allah dan Rasul.

Apakah hikmah dari tindakan beliau ini?

Hikmahnya adalah apabila musuh mahukan harta atau hasil kekayaan Negara beliau,mereka perlu bunuh seluruh rakyat beliau,baru mereka akan dapat semua kekayaan Negara tersebut. kalau Berjaya bunuh suku,maka mereka hanya akan peroleh baru suku sahaja dari kekayaan Negara.

Tetapi apa yang berlaku sekarang wang hanya disimpan di bank Negara. Ia hanya memerlukan satu transaksi sahaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan semua wang akan lesap.

Lihat betapa strategic system Islam dan jelas ini menunjukkan bahawa…

‘rakyat yang menentukan kekuatan negara bukannya pemerintah’

Gambar hiasan:Indah pada nama,hakikatnya hutang yang melambung.

Kesimpulannya, wahai sahabat-sahabat share lah dengan sahabat kita yang lain yang masih tidak tahu akan perlunya kembali kepada system Islam. Janganlah kita hanya diperbodohkan dengan slogan tetapi hidup merempat di bumi sendiri ,puak kroni merekalah yang hidup kemewahan. Jangan sahabat-sahabat.

Ingatlah bahawa sekarang ini sudah pasti tanpa kita melakukan apa-apapun, diatas kepala masing-masing rakyat Malaysia menanggung hutang beribu ringgit tidak campur lagi dengan hutan rumah,kereta,dll. Pihak pemerintah boleh lakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi mereka walaupun terpaksa menaikkan harga barang ,minyak dll yang kesannya sangat membebankan rakyat.

Back to Islam, Back to Islam, Back to Islam,…..

‘umat Melayu adalah umat yang merempat dinegara sendiri..bolehlah fikir-fikirkan sendiri’..

‘bacalah apa yang perlu bukan apa yang kita suka’

sekian,wallahualam.

Posted by hamba Allah | at 6:07 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...