"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

'Hari kekasih' Allah..

assalamualaikum..




alhamdulillah..bersyukur sekali lagi kepada ya Rabbi kerana masih lagi dialirkan darah kejari untuk memberi sedikit perkongsian yang insyaAllah..sama2 untuk mendapat redha Allah...

selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW diatas rasa sayang dan kasihnya baginda terhadap kita umatnya..kita masih lagi diberi jaminan oleh Allah bahawa akan memperolehi kemuliaan berbanding umat nabi Allah yang lain..allahummasallia'lamuhammad..3x




".....Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin......"

saya nak bagi analogy sikit,cuba kita bayangkan kalau ada seseorang sangat cintakan dan sayangkan kita,tetapi kita tidak menerima cinta dan sayangnya..bagaimanakh perasaan orang itu?tidak terfikirkah apa perasaan Rasullullah yang sangat sayang kan kita,tapi kita menolaknya??..




sekadar analogy untuk mengaitkan diri kita dengan Rasullullah,.bagi saya pun sama,kita tidak pernah walau sekali memandang wajah Rasullullah apatah lagi menjumpanya..tetapi kita sering mendengar namanya paling banyak didalam al-Quran,kalau membaca al-quran lah..

mesti timbul persoalan kan,bagaimana kita hendak betul-betul menyayangi Rasullullah sedangkan kita tidak pernah melihat baginda?..

saya tinggalkan persoalan itu untuk kita sama-sama mencari penyelesaiannya..

29:69-"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridaan kami,kami akan tunjukkan
kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang
berbuat baik."

renungi ayat diatas dan insyaAllah kita sama-sama amalkannya..insyaAllah,Allah akan tunjukkan jalan..

dalam Islam tiada istilah 'Hari kekasih'-iaitu yang sering digempur2kan oleh media dan musuh kita/barat,..saya rasa mungkin sahabat-sahabat diluar sana tidak tahu pun tentang status hukum menyambut 'valentine's day' dalam Islam..

oleh sebab itu,terdetik di hati ini nak berkongsi lah bahawa menyambut hari 'valentine' hukumnya HARAM..

sahabat-sahabat boleh membaca di bawah

www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/292-hukum-rai-valentine-a-jual-bunga.html

dalam Islam tiada istilah valentine's day..tetapi istilah memperingati/mencintai kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW sangat dituntut..

Hadis : Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.” (0035) Sahih Muslim. Juga terdapat dalam riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i, Ahmad, al-Darimi.

Firman Allah s.w.t:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Artinya: “Katakanlah:”Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” [QS. At Taubah: 24]

disini jelas menunjukkan banyak hadith-hadith dan dalil-dalil yang menyuruh betul-betul dalam mempelajari untuk menyanyangi Insan yang sangat Mulia..

cuba kita fikirkan,kebanyakan manusia lebih suka melakukan perkara orang yang tidak bagi dari perkara yang orang bagi kerana apa?

(7:17)-"Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan
kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada
mereka tahu berterima kasih."

(2:243)-"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."

ketahuilah bahawa syaitan laknatullah tidak akan berputus asa untuk menyesatkan kita..sebab itu kita kena banyak-banyak berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman..
syariat Islam menyuruh kita kasih kepada Rasullullah bukan kepada insan yang statusnya belum HALAL bagi kita..kalau kita masih lagi melakukan sebaliknya ,ingatlah ayat 7:17 tadi..



saya rasa setakat itu sahaja kerana hendak menghuraikan secara keseluruhan saya tidak mampu kerana saya juga insan yang lemah seperti antum semua..




saya harap kita dapat bersama meningkatkan kecintaan kita kepada Rasullullah dan menurunkan kecintaan kita kepada insan yang tidak HALAL statusnya bagi kita..wallaua'alm..

Posted by hamba Allah | at 8:18 PG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...