"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Apa lagi yang kita ragukan?


SUBHANALLAH !!!

(Quran, 41:54)”Ingatlah sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang pertemuan dengan Allah. Ingatlah sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu.”

Apabila manusia itu yakin akan adanya pertemuan dengan Allah kelak, pasti tiada seorang pun yang sanggup untuk buang bayi, pasti tiada seorang pun yang akan merompak ,mencuri dll, pasti tiada seorang pun yang akan memperlekehkan akan hukum Allah, pasti tiada seorang pun yang akan menyalahgunakan amanah, pasti tiada seorang pun yang akan melakukan kejahatan sesame mereka dan banyak lagi pasti tiada seorang pun yang …..?

Tetapi apa yang berlaku di kala zaman era 2000 ini ,mengapa terlalu banyak perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ?

Mengikut statistic baru,kes buang bayi sahaja adalah sebanyak 200 ribu antara tahun 2006-2010 tak silaplah…dalam masa 4 tahun sahaja telah mencatatkan bilangan yang sama untuk statistic sebelum ini yang mana antara 2000-2008 iaitu 200 ribu orang..

Ini adalah yang didaftarkan..bagaimanakah yang tidak didaftarkan? Lihatlah betapa peningkatan yang sangat ketara..

statistic ini juga menunjukkan manusia semakin ghairah dan seronok melakukan maksiat…

Ini tidak termasuk banyak lagi gejala social dan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Apakah yang mendorong berlakunya seperti ini ?

Tidak lain dan tidak bukan , seperti yang Allah firman dalam ayat diatas-manusia tidak yakin akan adanya pertemuan dengan Allah kelak…

Adakah tiada bukti yang manusia ini memiliki Tuhan yang menciptakan mereka ?

Lihatlah betapa Allah telah tunjukkan adanya Pencipta Agong bagi sekalian makhluk melalui pelbagai aspek..

Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." QS. An-Naml: 93

Apakah tanda-tanda kebesaran Allah ini ?

Lihatlah sahabat-sahabat, berapa banyak siri bencana alam yang melanda umat manusia, melalu tsunami di aceh pada 2004 dahulu, sudah terungkap bukti yang berKUASAnya Allah sebagai Pencipta sekalian makhluk..






Lihatlah mengapa bangunan disekeliling masjid itu musnah,hancur dan hilang dibawa air deras sedangkan Rumah Allah itu tetap utuh dan kukuh tanpa sebarang kehancuran..

Adakah struktur Rumah Allah itu dibina menggunakan alat/bahan yang berlainan dari bahan yang digunakan untuk membuat rumah disekeliling itu…fikirkanlah..pada hakikatnya Rumah Allah itu juga dibina daripada batu bata juga..

Tetapi,mengapa ia tetap utuh ?

Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah untuk menunjukkan kepada seluruh umat dunia bahawa Allah lah satu-satu yang berKUASA di muka bumi ini. Ini adalah bagi menunjukkan bahawa ajaran Islamlah satu-satunya ajaran yang diredhai Nya.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" [QS. Al- Fushshilat]

Namun ,Manusia seringkali masih tidak mahu menerima hakikat ini.

Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi kekuasaanNya iaitu…

Betapa mulianya Islam iaitu satu-satunya agama yang diredhaiNya..lihatlah betapa Allah mahu tunjukkan kemuliaan Islam itu sendiri. Allah memberi cahaya kepada MasjidilHaram dan Masjid Nabawi sedangkan sekitar gelap gelita. Gambar ini bukan diambil dari dekat tetapi diambil dari ISS melalui satelit.

Lihatlah sahabat-sahabat, akal yang Allah kurniakan sangat mampu untuk kita memikirkannya..

Adakah banyak ini sahaja kekuasaan Allah ?

Tidak, didalam Al-Quran Allah ada menyebut pasal mawar merah diangkasa:-

"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak"
(Ar-Rahman: 37)

Bukti ini sangat jelas menunjukkan khususnya bagi umat Islam bahawa kesemua fakta sains yang telah dikaji telah tercatat di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lagi..

Jadi apalagi yang mahu kita ragukan dengan Allah..sehinggakan ada segelintir yang mengistiharkan orang yang bercakap berdasarkan Al-Quran adalah sesat..disini boleh dilihat siapakah yang sesat sebenarnya..

Sesungguhnya jikalau mahu menulis kesemua kebesaran Allah di laman ini,” SUBHANALLAH ” sangat tidak termampu untuk memaparkan semuanya..

Oleh itu sahabat-sahabat, apa lagi yang kita ragukan ?

Sebenarnya kita perlu meletakkan kebimbangan khususnya kepada Negara kita Malaysia, gejala social begitu teruk sekarang, kesannya buang bayi dll..

Mengapakah penulis begitu menekankan kes buang bayi disini ?

Lihatlah sahabat-sahabat bahwa, keadaan kita sekarang ini tidak lain bahkan serupa dengan keadan orang jahiliah dahulu..

Kita sekarang makin jauh dari peringatan Allah dan Islam..dan paling menyedihkan kita mengsia-siakan usaha Nabi Muhammad SAW yang mengalami pelbagai tusukan ditubuhnya semata-mata ingin memastikan umatnya sekarang merasai Islam, selamat dengan Islam..

Tetapi lihatlah,adakah ini tanda balasan terima kasih kita umatnya kepada Baginda ?

Penulis sangat takut dan yakin segelintir sahabat-sahabat pun begitu , kalau kita tidak kembali kepada Islam dan memperbetulkan kotoran dalam masyarakat kita, azab Allah akan melanda Malaysia ini..maksudnya disini bukanlah tidak redha dengan azab Allah itu tetapi adakah kita pasti ketika azab itu sampai dan pada masa itu baru kita mahu bertaubat..adakah taubat kita akan diterima ?..itulah yang penulis takutkan..sesungguhnya pada saat itu taubat sudah terlambat…

Kesimpulannya, banyak kisah-kisah umat para nabi terdahulu seperti umat Nabi Lut,Nabi Saleh,Nabi Noh dan pelbagai lagi kisah terdapat didalam alQuran. Betapa mereka mendapat azab yang pedih didunia lagi oleh sebab perbuatan mereka yang ingkar kepada Rasul dan Allah. Kisah-kisah ini tidak lain tidak bukan adalah untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Belajarlah daripada pengajaran ini agar kita beroleh kemuliaan dan bukannya kehinaan daripada Allah serta angkatan langit.

“mempelajari sejarah bukanlah untuk dihafal tetapi adalah untuk mengambil pengajaran daripada sejarah tersebut”


Antara lain yang menarik:-

pokok yang tiada akal pun mahu rukuk dan tunduk kepada Allah..bagaimana manusia?


batu pun mahu sujud kepada Allah..

Jadi,mahu yang macam mana?

tiada cara lain melainkan...

back to Islam,back to Islam,back to Islam

Akhir kata penulis tutup dengan sepotong ayat dari surah an-nisaa ayat 77:

“…………,kesenangan didunia ini hanyalah sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan di zalimi sedikit pun”

Posted by hamba Allah | at 11:35 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...