Takut !!!
"wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan yang tidak kamu kerjakan?:itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan yang tidak kamu kerjakan"..(61:2&3)
“sesiapa yang mengucap ‘lailahaillah’,maka dia adalah daie’ iaitu penyampai ”
Aku mengucap kalimah ‘lailahaillah’ dan aku yakin dan sangat yakin bahawa Engkaulah satu-satunya Yang Esa, oleh itu akulah daie’ yang dimaksudkan oleh ayat diatas..
Aku perlu dan sangat perlu untuk menyampaikan segala apa ilmu yang telah Kau curahkan padaku kepada sahabat-sahabat yang lain walaupun pada masa yang sama aku juga tidak mampu pertahankannya..ya Allah,lemahnya hambaMu yang hina ini..
Sesungguhnya aku sangat takut akan kemurkaanMu kerana kelak aku akan sengsara.Bimbinglah aku sampai keakhirnya,aku sangat menginginkan mati di jalanMu..perkenankanlah permintaanku..
Ya Allah..
Hati ini sangat sayu,
Mengenangkan Sengsaranya didalam perjuangan
Jiwa..ku merana dan meronta
Mengharapkan keampunan dan jua keredhaanMu
Aku tahu perlunya ketabahan dan kekuatan dan keteguhan hati yang berlandaskan syariatMu
Aku tahu ranjau ini tidak akan sunyi,selagi denyut nadiku belum berhenti
Syaitan yang direjam akan selalu menodai segumpal darahku (hati)..
Ya Allah,aku sangat memohon agar dilindungkan aku dari syaitan yang direjam itu.
ya Allah..
‘..Mengamalkan Islam diakhir zaman ibarat mengenggam bara api.. ’riwayat attarmizi – menggenggamnya sengsara melepaskannya lagi sengsara..
0 comments:
Catat Ulasan