"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Jalan Mujahadah..

"Dan orang2 yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
Kami,sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka
gembira serta beroleh keredaan);dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah
berserta orang yang berusaha membaiki amalannya"..al ankabut-29:69.

seperti manusia normal yang lain,mereka pasti mahukan ketengangan dlm hidup tak kurang aku...ddunia ni,hanya satu je jalan yang boleh membawa ketenangan sejati iaitu kembali kepada Pencipta kita..

memang tidak dinafikan sedikit2 dosa yang dilakukan telah menghakis rasa bersyukur dihati ini,hati ini rasa sangat sakit dek bintik2 hitam yang mengerumi jiwa ini..

hati yang sakit wajib dirawat,sakit batiniah(hati) menyebabkan kita terseksa didunia dan menderita diakhirat..

aku ingin berpesan kepada diriku terutama agar kembali kepada jalan mujahadah yang sebenarnya(bersungguh-sungguh menempuh jalan ketaatan)..tetapi jalan ini tidak semudah jalan2 syaitan yang bisa memrangkap kita sebaliknya ia adalah satu treatment yang sangat pahit ibarat ubat yang merawat penyakit.."no pain,no gain"..selagi denyut nadi ini masih berfungsi,ingatlah kita masih dikelilingi musuh yang paling nyata iaitu syaitan durjana..

Itulah benteng yang perlu ditawani kerana Mujahadah itu pahit,syurga itu manis..insyaAllah,orang yang bersunguh2 dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Allah..amin..(masukkanlah hambaMu ini dalam orang2 yang bermujahadah kepadaMu ya Allah)..amin sekali lagi..

Dua pemimpin kita yang sering kita abaikan iaitu alQuran dan Sunnah telah memberi panduan dalam menyelesaikan masalah hati ini..

bak kata Imam al-Ghazali " Carilah hatimu pada tiga tempat,iaitu ketika membaca al-quran,ketika mengerjakan solat,dan mengingati mati..dan jika tidak ditemui jga,maka pintalah hati yang baru kepada Allah kerana ketika itu kita tidak memiliki hati"..

"jika ingin Allah 'bercakap' denganmu,bacalah al-quran kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu...tetapi jika kita ingin 'bercakap' dengan Allah maka dirikanlah solat..."


1)membaca al-Quran..




Firman Allah sbt " Diturunkan kepadamu al-Quaran sebagai petunjuk dan rahmat serta
penawar"..al-isra 17:82

Jiwa yang tidak membaca alQuran umpama i-phone yang kehabisan bateri.betapa canggih sekalipun fungsinya tetap tidak dapat digunakan jika kehabisan bateri..begitulah jiwa yang mati,..betapa handsome/cantik/kacak/jelita jasad luaran seseorang,tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna..



2)mendirikan solat







Bukankah antara satu nama Allah ialah Al-Sami(Maha MEndengar)?...Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hambaNya.Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita,sudah pasti jiwa kita akan dapat satu ketenangan dan kerehatan.

sabda Rasullullah SAW kepada Sayidina Bilal ,"Rehatkan kami dengan solat wahai
Bilal".



3)menginati mati..

'orang yang paling bijak/cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati'..
riwayat al-baihaqi

begitulah mengapa Nabi SAW tidak cakap orang yang bijak adalah orang yang berjaya medapat 9A dalam spmnya..?kerana kejayaan duniawi adalah sementara dan tipu semata-mata sebaliknya kejayan diakhirat adalah kekal abadi selamanya..oleh itu,banyak mengingati mati akan mendorong kita utk memperbaiki amalan kita sebelum nyawa dicabut dari jiwa ini...utk lebih mencapai kejayaan yang besar kelak...amin..

sebaliknya.....jika HATI kita tidak mampu jga ditemui melalu tiga cara ni..sama2lah kita merayu dan memohon kepada Allah agar dikurniakan hati yang baru yang bisa mengembalikan kita kepada Pencipta kita yang maha Agong..

Posted by hamba Allah | at 6:10 PG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...