"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Ujian: Allah benci aku ke?.

Alhamdulillah, marilah kita meningkatkan kesyukuran kita kepada Ilahi di atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan. Yang paling perlu kita meningkatkan kesyukuran adalah kerana kita adalah diantara hamba-hambaNya yang seringkali diuji dengan pelbagai ujian..

Ada apa dengan ujian itu ?

Ini kerana dengan ujian itulah menunjukkan bahawa Allah sangat sayang kepada kita, kita patutnyalah melahirkan rasa kesyukuran kerana kita masih lagi diuji..berbanding dengan golongan-golongan yang lain mereka tidak sedikit pun menerima ujian dari Allah bahkan dicampakkan nikmat dunia yang melimpah ruah…oleh itu,tatkala diuji berkatalah begini..

“Alhamdulillah,aku sedar ini adalah ujian untuk aku, ya Allah dengan ujian yang aku terima ini ,aku harap dapat lebih mendekatkan diriku kepadaMu..aku tahu Engkau sangat sayangkan aku”..

Alhamdulillah,kita juga masih dikurniakan sesuatu yang sangat sukar dicapai iaitu hidayah dari Allah untuk membaca blog ini,melakukan kebaikan dan melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar..

Sebenarnya ,Allah seringkali mencampakkan hidayah kepada hamba-hambaNya dan tiap kali hidayah itu dicampakkan ,hanya segelintir hambaNya sahaja yang sedar…contohnya:

“eh,aku nak pergi masjid la solat maghrib ni,..tiba-tiba ada seorang kawan ajak main bola dan akhirnya terlepas solat magrhib di masjid”

Disini dapat dilihat bahawa,sebenarnya Allah telah mencampakkan hidayah,tetapi pada masa yang sama syaitan laknatullah melaksanakan peranan dengan merancang sesuatu yang dapat menghalang si A untuk berbuat lebih baik iaitu solat magrhrib di masjid…

Lihat!!!..dalam kita sedar atau tidak..kita sebenarnya lebih cenderung mengikut syaitan dari petunjuk dari Allah..ketahuilah Allah itu maha Penyayang,Pengasih..


“Barang siapa dikehendak Allah akan mendapat hidayah (petunjuk),Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendaki Allah akan sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman”(6:125)


Ketahuilah hanya dengan Islam sahaja kita akan dapat bertapak didunia dan di akhirat, oleh itu,kalau rasa-rasa kita jauh sangat dari Islam ,cepat-cepatlah belajar tentang Islam di kala waktu masih mengizinkan ini kerana kelak kita akan sengsara.

Sahabat-sahabat, ujian dan musibah dan kenikmatan yang banyak yang kita perolehi itu bukanlah maksudnya kita hebat ,Allah bagi nikmat..kita tidak hebat,Allah bagi ujian dan musibah..sebenarnya musibah dan nikmat itu hanyalah sebagai ujian untuk menguji hamba-hambaNya.

Adakah dengan kenikmatan yang banyak kita lebih akan dekat kepadaNya atau tidak?

Adakah dengan musibah yang diterima kita akan terimanya dengan sabar atau tidak ?

“Apakah kamu mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan ‘kami telah beriman,’mereka tidak diuji ?””dan sungguh Allah telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti akan mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta”.(29:2&3)


Adakah kita tergolong dalam golongan munafik atau golongan beriman ?

Golongan munafik itu adalah mereka yang apabila diajak pergi berperang mereka akan memberi pelbagai alasan dan akan lari dari perang..

Dan apabila dikaitkan dengan kehidupan kita, secara simplenya bagaimanakah tindakan kita apabila diajak sedikit untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan agama ?

Adakah kita akan memberi pelbagai alasan ataupun bertungkus lumus untuk menyahutnya?..tepuk dada,Tanya hati!!..

DAN GOLONGAN MUNAFIK ADALAH MEREKA YANG TIDAK JAGA SUBUHNYA DAN SOLAT ISYA’ BERJEMAAH…

Kalau kita berada di golongan yang memberi alasan itu,lihatlah dimana iman kita?

Golongan beriman pula adalah mereka yang tidak akan sama sekali akan berperangai dan bertingkat laku seperti orang munafik. Mereka juga akan melakukan yang terbaik untuk agama semata-mata ingin menggenggam KEREDHAAN DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH..

Akhir kata, selagi nyawa masih dikandung badan,selagi itulah kita tidak akan lepas dari diuji..dan dengan ujian inilah orang-orang yang benar-benar yang layak sahaja yang akan mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah..sahabat-sahabat, penghuni SYURGA itu adalah orang-orang yang lemah atau orang yang HEBAT ??..pastilah hanya orang-orang yang HEBAT sahaja yang akan menghuninya..siapakah orang yang HEBAT itu ?..mereka adalah orang-orang yang BERJAYA MELEPASI ujian dari Allah sbt…

WALLAHUALAM,seorang yang sering kali berfikir dan turut sama untuk mengajak untuk sama-sama berfikir bahawa hidup kita tidak lama dan sesungguhnya KIAMAT SEMAKIN DEKAT..oleh itu,marilah kita sama-sama melakukan yang terBAIK dan terHEBAT dalam setiap tindakan kita,.insyaAllah..


Mestica-Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Posted by hamba Allah | at 5:11 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...