Kepimpinan-Suatu kerjaya dan perniagaan?
Pastikan langkahmu wahai pejuang , Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Sebaik-baik pemimpin adalah alQuran..
Semua orang sudah maklum akan soalan yang akan ditanya malaikat ketika dalam kubur nanti tentang siapakah Imam kita didunia ini ?
Pasti semua menghafal jawapannya iaitu Al-Quran…
Berselarian dengan alQuran,jika kita SAYANG kan pemimpin kita,pilihlah pemimpin yang dapat menggunakan alQuran dan asSunnah sebagai dasar pentadbirannya..
Jika tidak, dengan tangan kitalah yang akan menyebabkan pemimpin yang disayangi menanggung AZAB yang besar di akhirat kelak..
(QS,Al-maidah(5):57)-Wahai orang-orang yang beriman !janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan,yaitu diantara orang-orang yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang-orang kafir (musyrik).Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang yang beriman.
Banyak di kalangan makhluk Allah sbt terutamanya manusia di zaman ini menganggap kepimpinan seperti perdana menteri dan segala jenteranya adalah sebagai satu kerjaya dan bisnes di antara mereka ,yang mana boleh membawa kesenangan hidup di dunia..
Ingatlah,kepimpinan bukanlah satu kerjaya semata-mata tetapi ia adalah tanggungjwab dan amanah yang berat yang akan di soal di akhirat kelak..
Bertepatan dengan hadis Nabi (sallallaalaiwasalam),
Aukama qal..
“setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanyakan tentang kepimpinan kamu”(HR Bukhari dan Muslim)
Tetapi kepimpinan yang tinggi adalah untuk meng Agong kan kalimah ‘lailahaillallah’ di muka bumi ini…
Menggunakan perlembagaan Al-Quran dan as-Sunnah..
Hanya orang yang faqih dan faham tentang Islam sahaja akan menerima seruan ini …
Wallahualam..
0 comments:
Catat Ulasan