Takkan semudah itu syurga ??
Sesungguhnya mudah sahaja bagi Allah nak memenangkan Umat Islam dimuka bumi ini..
Hanya dengan berkata ‘kun’ maka jadi lah..
Tetapi kenapa sebaliknya?
Kenapa umat Islam tak henti-henti ditindas dan tak dapat menyuarakan suara mereka ?
Sebabnya Allah nak bagi peluang kepada seluruh umat Islam untuk syahid di jalan-Nya..
Bagaimanakah?
Dengan bersungguh-sungguh membela dan membawa agama Allah di muka bumi ini..
Tanggungjawab kita yang tahu sedikit tentang Islam ini adalah untuk memperBETULkan balik apa yang salah tentang persepsi Islam..
“agama kan adalah NASIHAT”..
Sahabat-sahabat,jika nikmat Islam dan Iman dah terlalu berharga dan sangat tinggi nilainya buat diri maka ketahuilah..
NIKMAT MEMPERJUANGKAN ISLAM LAGI TINGGI DARIPADA ITU !!
Jadi ,berebut-rebutlah untuk menjadi Insan yang memperjuangkan Islam…
“Barangsiapa yang menunjukkan seseorang kea rah kebaikan maka untuknya ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya”..(Muslim)
"dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridaan Allah,Dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambaNya"
(QS,albaqarah(2):207)
jadi,siapa lagi yang akan mengisi kekosongan jundi ini melainkan kita..
wallahualam.
0 comments:
Catat Ulasan