"Dan Persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah ,musuhmu dan dan orang-orang selain mereka yang tidak kamu ketahui; tetapi Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu infakkan kejalan Allah niscaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan).."
(QS,al-Anfaal(8):60)

Apa ni marah-marah ??.,


Detik ke detik..jam ke jam..hari ke hari..tahun ke tahun..

Perjalanan masa ini telah banyak mengajar erti apakah sebenarnya yang perlu di bawa dalam kehidupan ini..

Setelah semakin jauh merantau digandingkan dengan masa.,rasa-rasa banyak juga yang di pelajari kerana mungkin itulah hikmahnya diciptakan manusia berbeza-beza cita rasa dan pandangan mereka..

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain:”
(Al-Hujurat, ayat 13)

Dan insyaAllah,setiap sahabat-sahabat ni, aku boleh faham sikit dorang punya kesukaan dan tingkah laku..

Memang bermacam-macam tindak laku ada,sehingga terdetik juga difikiran ini….

Adakah sahabat-sahabat ini faham dan boleh masuk dengan kecenderungan dan kesukaan aku ?

Setakat ni memang tak jumpa lagi (setakat pandangan hamba Allah yang hina ini)…

Ukhwah boleh di bentuk insyaAllah..

Teringat satu petikan dari seorang hamba Allah yang bagi sedikit perkongsian baru-baru ini..

kata-katanya seperti ini:-

KITA NI DUK BERANGAN-ANGAN NAK MATI SYAHID DAN MEMBAWA AGAMA ALLAH LA SENANG KATA..

Tetapi DIRI KITA SANGAT MANJA DALAM MENITI JALAN-JALAN TARBIYAH..

KALAU DIRI INI TERLALU MANJA DALAM MENITI JALAN INI,JANGAN DUK MIMPI LA NAK SYAHID..

Saat itu terasa sampai keperosok hati yang paling dalam ni..

Fuhh,..Memang betul apa yang hamba Allah tu cakap (beliau memang tegas sikit)…

Mana tak nya,..

baru kena tegur,marah sikit dengan naqib dah buat muka,pendam giler perasaan ni..

padahal teguran dan marahan itu adalah berpunca dari KESALAHAN diri sendiri juga..dan teguran itu sangat bermakna untuk tarbiyah diri ini..

come on la,tak kan orang yang nak melawan musuh Allah adalah orang-orang yang manja,merajuk dan ada pelbagai sikap lain yang tak patut ada dalam diri bakal(calon) mujahid masa hadapan,. insyaAllah..


gambar hiasan

kerana kalau kita ada sikap-sikap ini,percayalah KITA LAH YANG AKAN MEMBANTUTKAN DAN MELAMBATKAN JALAN KEMENGANGAN ISLAM…

rasa-rasa inilah mungkin ilmu kehidupan,kerana sekali kita buat salah dan belajar dari kesilapan itu,itulah pengalaman dan didikan yang sangat berguna..

“Dan pasti kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan ,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikan khabar-khabar gembira kepada orang yang sabar”

(QS,albaqarah(2):155)

Kalau dalam proses menTARBIYAH diri ini terlalu manja,merajuk dan tidak mahu menerima teguran dan kritikan orang lain(especially murabbi),..adakah kita mampu untuk menghadapi ujian yang Allah nyatakan ini di lapangan sebenar (dunia reality bukan dunia kampus ) satu masa nanti ???

Jadi, untuk melawan musuh-musuh yang nyata di luar sana..,bersabarlah wahai hati meniti jalan didikan yang paling terbaik ini..

Sedikit perkongsian ini tidak lain hanya lah ingin mengajak sahabat-sahabat sama-sama berfikir syurga yang diimpikan itu tidaklah semudah itu untuk mencapainya,tetapi yang pasti DENGAN JALAN DIDIKAN YANG ADA INI,DAN MELAHIRKAN HATI-HATI YANG IKHLAS UNTUK MEMBAWA AGAMA ALLAH..INSYAALLAH,..REDHA ALLAH LAH YANG KAMI CARI…

Wallahualam..

Posted by hamba Allah | at 6:34 PTG

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...